Selamat datang ke laman web minggu restoran Halal 2020!
Minggu Restoran Halal, sebuah acara tahunan untuk mempromosi restoran mesra Muslim yang bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam, malahan untuk para pelancong dari seluruh dunia, bakal diadakan buat kali keempat anjuran Korea Tourism Organization.
Ini merupakan peluang yang unik untuk merasai makanan halal Korea serta makanan-makanan dari pelbagai negara seperti Turki, China, Itali serta lebih 129 restoran mesra Muslim di sekitar negara tersebut selama 35 hari. Seterusnya, apa yang menjadikan acara tahun ini istimewa adalah baucer diskaun yang boleh didapati untuk pelbagai aktiviti kebudayaan dan tarikan yang akan disediakan.
Minggu Restoran Halal Korea 2020!
Nama Acara
Minggu Restoran Halal Korea 2020!
Maklumat Acara
Baucer diskaun boleh didapati untuk restoran mesra Muslim
Tawaran istimewa untuk ativiti kebudayaan dan hadiah percuma
Tempat
Lebih daripada 129 restoran di serata tempat di Korea
Sasaran
Pelawat yang mengunjungi Korea dan expat di Korea
Penganjur
Manfaat istimewa daripada acara
1. Baucer 3,000KRW: Baucer tersebut boleh digunakan bagi semua restoran yang terlibat, kecuali menu istimewa untuk maklumat lanjut
2. Baucer 10,000KRW: Baucer tersebut hanya boleh ditebus untuk menu istimewa yang telah ditetapkan bagi minggu restoran halal untuk maklumat lanjut
3. Tawaran Beli&Main: pelbagai syarikat menawarkan manfaat istimewa bagi program dan aktiviti kebudayaan mereka untuk maklumat lanjut
Kategori Restoran Mesra Muslim
Korea Tourism Organiztion telah mengkategorikan restoran mesra Muslim sejak tahun 2016 untuk memberi kemudahan kepada pengunjung beragama Islam yang risau mengenai makanan. Hanya 4 jenis restoran yang memenuhi standard KTO yang ditetapkan akan mendaftar di dalam Minggu Restoran Halal Korea.
Halal Certified
Restoran yang diberikan sijil oleh agensi pensijilan halal seperti Korea Muslim Federation(KMF).
Self Certified
Semua makanan adalah halal. Restoran yang disahkan sebagai halal oleh pemilik restoran beragama Islam.
Muslim Friendly
Sebahagian hidangan halal disediakan. Alkohol mungkin dijual.
Pork-free
Restoran yang tidak menawarkan menu halal tetapi tidak menyajikan khinzir. Alkohol mungkin dijual.